www.wikidata.id-id.nina.az
Misi Ramakrishna bahasa Inggris Ramakrishna Mission RKM merupakan sebuah wadah keagamaan yang ditubuhkan oleh Swami Vivekananda pada tanggal 1 Mei 1897 di Kalkuta India Britania berdasarkan kepada ajaran Sri Ramakrishna Pertubuhan ini merupakani sebahagian daripada pergerakan Neo Vedanta yang bermula di India Kantor pusat Ramakrishna Math Ordo Ramakrishna dan pertubuhan kembarnya Ramakrishna Mission terletak di Belur Math en Biara Belur di Benggala Barat India Ramakrishna Mission merupakan sayap sosial Ordo Ramakrishna yang terlibat dengan pelbagai aktiviti kemanusiaan dan penyebaran ajaran Ramakrishna Vivekananda 1 Misi Ramakrishnabahasa Inggris Ramakrishna MissionLogoSingkatanRKMTanggal pendirian1 Mei 1897 126 tahun lalu 1897 05 01 di Kalkuta India BritaniaPendiriSwami VivekanandaTipeorganisasi keagamaan dan spiritualTujuanpendidikan filantropi kajian agama kerohanianKantor pusatBelur Math Benggala Barat IndiaLokasi187 cabang di India Bangladesh Amerika Serikat dllKoordinat22 22 N 88 13 E 22 37 N 88 21 E 22 37 88 21 Koordinat 22 22 N 88 13 E 22 37 N 88 21 E 22 37 88 21Wilayah layananse DuniaPresidenSwami SmarananandaAfiliasiNeo VedantaSitus webbelurmath wbr orgWikimedia Commons memiliki media mengenai Ramakrishna Mission Pada Th 2017 Misi ini mempunyai 187 cabang di dalam dan luar India Di India terdapat 141 cabang 46 Ramakrishna Math 65 Ramakrishna Mission dan cawangan gabungan Math dan Mission Di luar India pula terdapat 14 cabangan di Bangladesh 13 di Amerika Serikat 2 di Rusia satu satu di Argentina Australia Belanda Brazil Malaysia Singapura dan sejumlah negara lainnya 2 Daftar isi 1 Kantor pusat 2 Ciri Ciri Utama 2 1 Tidak Bersifat Sektarian 2 2 Disiplin rohani pembelajaran dan pengajaran 2 3 Kehidupan komuniti dan etika kerja 3 Aktiviti Aktiviti 3 1 Filsafat kerja 3 2 Elemen elemen Utama 3 3 Bantuan Bencana Alam 3 4 Perkhidmatan Kesihatan 3 5 Aktiviti Pendidikan 3 6 Pembangunan Wanita 3 7 Pembangunan Belia 3 8 Pembangunan Masyarakat Luar Bandar dan Orang Asli 3 9 Kerohanian dan Kebudayaan 3 10 Penerbitan 4 Penghargaan amp Pengiktirafan 5 Sumbangan kepada Dunia 6 Lihat juga 7 Referensi 8 Bacaan Lanjut 9 Pranala luarKantor pusat Sunting nbsp Biara Belur pusat Misi dan Ordo Ramakrishna Kantor pusat Ramakrishna Math dan Ramakrishna Mission ialah Biara Belur Belur Math Biara Belur juga menjadi pusat bagi semua rahib rahib Ramakrishna Sangha yang tinggal di serata India dan di luar India Matlamat utama biara ini ialah untuk melatih golongan rahib berdasarkan kepada ajaran Sri Ramakrishna Motto pertubuhan ini adalah आत मन म क ष र थम जगद ध त य च Atmano Mokshartham Jagad Hitaya Ca yang bermaksud Kesadaran diri dan khidmat kepada dunia sejagat Pemuda pemuda yang ingin menyertai kehidupan rahib perlu mengambil ikrar Brahmacharya dan menjalani latihan di bawah rahib rahib kanan selama hampir sepuluh tahun Seorang Brahmacharin yang berjaya menamatkan latihan ini akan diberikan ikrar Samnyasa sekiranya memenuhi semua kelayakan Antara aktiviti aktiviti harian seorang rahib Ramakrishna Sangha ialah seperti meditasi Japa pembelajaran kitab suci disiplin rohani dan mematuhi dua ikrar Samnyasa iaitu kesucian dan kemiskinan Selain itu pelbagai aktiviti kebajikan dan perkhidmatan sosial juga menjadi sebahagian daripada disiplin kerohanian seorang rahib Ciri Ciri Utama SuntingBerbeda daripada sami atau rahib agama Hindu lain Persaudaraan Rahib Ramakrishna mempunyai beberapa ciri ciri unik seperti berikut Tidak Bersifat Sektarian Sunting Meskipun prinsip dan ideal kehidupan rahib tradisional seperti kesucian dan kemiskinan dipatuhi persaudaraan ini mengamalkan fahaman yang luas Seluruh sistem dan perkembangan agama dan rohani masyarakat Hindu diterima tanpa had Malah penganut penganut daripada budaya asing dan agama lain juga diterima sebagai ahli Sebenarnya perkataan asing sendiri adalah sesuatu yang asing dalam tradisi Ramakrishna Vivekananda Disiplin rohani pembelajaran dan pengajaran Sunting Sankaracharya menekankan bahawa pengikut pengikutnya yang menjadi ketua biara mesti mengamalkan disiplin rohani Tapas pembelajaran untuk memperkembangan ilmu Jnana dalam kehidupan mereka dan melakukan lawatan Pravasa demi menyebarkan Dharma Vivekananda juga telah menetapkan bahawa semua rahib rahib Ramakrishna mesti mematuhi tradisi ini Sejak penubuhannya persaudaraan Ramakrishna telah cuba untuk mengekalkan tradisi mulia ini Kehidupan komuniti dan etika kerja Sunting Rahib rahib Hindu kebiasaannya hidup bersendirian Namun rahib rahib Ramakrishna hidup bersama sama dalam biara mereka sebagai satu Sangha pertubuhan Ini mempunyai beberapa kelebihan seperti inspirasi yang diterima daripada pengaruh kerohanian sesama mereka Kehidupan komuniti juga menjadi satu disiplin rohani yang dapat membantu perkembangan dan pembentukan keperibadian seseorang rahib Aktiviti Aktiviti SuntingFilsafat kerja Sunting Sri Ramakrishna sering berkata Manusia ialah Narayana Tuhan Jika Tuhan boleh menjelma menerusi patung kenapa tidak menerusi manusia juga Beliau menyatakan bahawa kesedaran Tuhan adalah matlamat hidup manusia Namun cara untuk mencapai matlamat ini adalah tidak terkira Adakah Tuhan hanya wujud apabila mata kita tertutup dan Dia tidak akan wujud apabila mata terbuka beliau menyoal Sri Ramakrishna juga menunjukkan bahawa agama bukan untuk perut kosong Meskipun Sri Ramakrishna memberi amaran tentang kegiatan kebajikan menjadi aktiviti untuk mencari nama dan populariti beliau memuji tindakan kebajikan yang dilakukan tanpa kepentingan diri sebagai tindakan yang mulia Beliau memberitahu Ishwar Chandra Vidyasagar seorang pendidik dan dermawan terkenal bahawa Kerja untuk kebaikan orang adalah di bawah Rajas Namun Rajas ini mempunyai asas Sattva dan oleh itu ia tidak membawa keburukan Rishi Suka dan rishi rishi lain mempunyai simpati dalam hati mereka untuk memberikan ajaran agama kepada manusia untuk mengajar mereka tentang Tuhan Kamu sedang mengagihkan makanan dan pendidikan Itu juga bagus Jika aktiviti aktiviti begini dilakukan dengan semangat tidak mementingkan diri ia akan membawa kamu kepada Tuhan Semasa menerangkan doktrin penting dalam aliran Waisnawa Sri Ramakrishna berkata Simpati untuk semua makhluk Tidak tidak Bukan simpati untuk jiwa tetapi amal ibadat kepada jiwa sebagai Shiva Swami Vivekananda telah memperkembangkan idea ini sebagai falsafah khidmat sosialnya Dalam sepucuk surat kepada Sharat Chandra Gupta pada 3 Julai 1897 Swamiji menulis Ini adalah sesuatu yang ganjil apabila kamu berkhidmat untuk seseorang dengan idea bahawa dia ialah Jiwa itu adalah Daya simpati dan bukannya Prema cinta Tetapi apabila kamu berkhidmat kepadanya dengan idea bahawa dia ialah Atman itu adalah Prema Menurut Shruti Smriti dan pengalaman terus satu satunya objek cinta ialah Atman Maka prinsip kita ialah kasih sayang dan bukannya simpati Tugas kita bukan untuk berbelas kasihan tetapi beramal ibadat Kita tidak harus merasakan simpati tetapi kasih sayang dan merasakan Atman dalam diri semua orang Swami Vivekananda mencipta terma Daridra Narayana Tuhan dalam rupa orang miskin Beliau meminta kita untuk beramal ibadat kepada Nya Di manakah kamu hendak mencari Tuhan Bukankah semua orang miskin orang yang menderita orang yang tidak berdaya ialah Tuhan Kenapa kamu tidak menyembah mereka dahulu Konsep khidmat sebagai ibadat menerangkan pandangan Ramakrishna Sangha dalam semua kegiatan khidmat sosialnya Swami Vivekananda Vivekananda menggariskan empat bentuk khidmat sosial Pemberian ilmu rohani dan kerohanian adalah pemberian yang tertinggi Kedua ialah pemberian ilmu sekular Selepas itu menyelamatkan nyawa dan akhir sekali pemberian makanan Konsep penguasaan Swami Vivekananda berdasarkan kepada Vedanta praktikal Vivekananda menunjukkan bahawa Upanishad Upanishad ialah sebuah khazanah kekuatan Upanishad mendedahkan Atman iaitu sumber segala kuasa Vivekananda juga menekankan bahwa konsep konsep Vedanta mesti didedahkan Ia tidak harus berada di hutan dan gua sahaja Ia mesti keluar untuk berfungsi di kamar peguam dan hakim di tempat ibadat dan di dalam pondok orang miskin Ini kerana jika seorang nelayan berpikir bahawa dia ialah Jiwa dia akan menjadi nelayan yang lebih baik Jika seorang pelajar berpikir bahawa dia ialah Jiwa dia akan menjadi pelajar yang lebih baik dan seterusnya Untuk ahli ahli Ordo Ramakrishna khidmat ialah Vedanta praktikal Manusia perlu berkhidmat kepada orang lain kerana penderitaan mereka ialah sebenarnya penderitaan kita sendiri Hanya dengan membuat mereka gembira kita sendiri boleh hidup bahagia 1 Diarsipkan 2018 01 16 di Wayback Machine Elemen elemen Utama Sunting Beberapa elemen utama dalam aktiviti aktiviti Ordo Ramakrishna ialah Penyembahan Tuhan dalam manusia atau Shiv Jnane Jeev Seva Tidak bersifat politik dan mengelakan publisiti Pengurusan kewangan yang teratur telus dan bertanggungjawab Tiada diskriminasi agama etnik wilayah atau sebab lain Penglibatan masyarakat setempat dalam proses perancangan dan implementasi projek projek tertentu Perkhidmatan yang cepat berkesan dan penggunaan teknologi terkini Tumpuan pada pembangunan sosio ekonomi alam sekitar dan kebudayaan serta strategi pemulihan yang menumpukan kepada pencegahan Bantuan Bencana Alam Sunting Sejak awal penubuhannya Ramakrishna Sangha telah terlibat dengan pelbagai aktiviti bencana seperti kemarau banjir kebuluran kebakaran besar wabak epidemik puting beliung tornado tsunami rusuhan gempa bumi tanah runtuh dan sebagainya Tindakan menyelamatkan memindahkan dan pemulihan mangsa mangsa bencana dilakukan secara besar besaran sepanjang tahun Aktiviti bantuan kemanusiaan yang pertama telah dimulakan oleh Swami Akhandananda hanya dua minggu selepas penubuhan Misi Ramakrishna oleh Swami Vivekananda pada 1 Mei 1897 Sri Ramakrishna ialah inspirasi Swami Akhandananda untuk perkhidmatan kemanusiaan Sri Ramakrishna sering berkata bahawa Jika Tuhan boleh disembah dalam suatu berhala kenapa tidak menyembah Nya dalam manusia Swami Akhandananda mengikuti ajaran gurunya secara literal dengan menukar perkhidmatan kebajikan kepada amal ibadat Mendengar tentang aktiviti yang dimulakan oleh Akhandananda Vivekananda menulis Akhandananda sedang bekerja dengan hebat di Mahula Tetapi sistem ini tidak baik Tampaknya mereka sedang membazir tenaga di sebuah kampung kecil dan hanya mengagihkan beras Saya tidak mendengar tentang apa apa khutbah agama disamping dengan bantuan ini Semua kekayaan dunia tidak dapat membantu sebuah kampung kecil India sekiranya orang tidak diajar untuk berdikari Kerja utama kita ialah pendidikan moral dan intelektual Perspektif penguasaan holistik ini menjadi visi dalam Ramakrishna Sangha sehingga ke hari ini Sehingga kini Misi Ramakrishna Mission dan Ordo Ramakrishna telah menjalankan ratusan khidmat kemanusiaan di India Burma Bangladesh Nepal dan Sri Lanka Perkhidmatan Kesihatan Sunting Ramakrishna Math dan Ramakrishna Mission juga memberikan perkhidmatan kesihatan di hospital hospital dispensari pesakit luar perkhidmatan unit bergerak rumah orang tua bengkel pemeriksaan mata dan sebagainya Mission juga mempunyai 2 Kolej latihan jururawat 5 sekolah jururawat 2 institusi penyelidikan dan lepasan ijazah dan 1 institusi kursus paramedik Salah satu kegiatan kesihatan ialah oleh Vivekananda Swasthya Parisheva Prakalpa Health Services Project for Mothers amp Children dan mempunyai 126 unit di 22 negeri Hampir 13 500 ibu dan anak telah menerima perkhidmatan setakat 2014 3 Aktiviti Pendidikan Sunting Swami Vivekananda mengatakan bahawa sebuah negara menjadi maju sejajar dengan perkembangan pendidikan dan ilmu dalam kalangan penduduknya Oleh itu Vivekananda mendesak bahawa Pendidikan pendidikan pendidikan sahaja adalah punca segala masalah di India Menyedari ini Ordo Ramakrishna dan Misi Ramakrishna Mission mencuba untuk memberikan pendidikan khususnya kepada kumpulan masyarakat yang terpinggir Pusat pusat ilmu daripada peringkat rendah hingga peringkat tertinggi telah berkembang di seluruh India nbsp Ramakrishna Mission Vivekananda UniversityRamakrishna Mission Vivekananda University Ia adalah sebuah universiti yang ditadbir oleh Misi Ramakrishna Pada Julai 2005 kerajaan India telah mengisytiharkannya sebagai Deemed University di bawah Section 3 University Grants Commission Act 1956 Setakat 2015 terdapat empat kampus Universiti ini di Belur Coimbatore Ranchi dan Narendrapur Kursus kursus yang ditawarkan ialah dalam bidang pembangunan luar bandar dan kaum asli pengurusan kekurangan fizikal dan pendidikan khas pendidikan sains asas dan kebudayaan dan kerohanian India Pembangunan Wanita Sunting Semua negara telah mencapai kemajuan dengan memberikan penghormatan yang sewajarnya kepada kaum wanita Sebuah negara tidak boleh maju dengan mengabaikan kaum wanita sama seperti seekor burung tidak boleh berterbang dengan sebelah sayapnya sahaja Maka Ramakrishna Sangha tidak mengabaikan atau memandang rendah pada golongan wanita Semua bantuan kemarau kebajikan perkhidmatan kesihatan diberikan kepada semua jantina tanpa berat sebelah Wanita juga dibenarkan untuk beribadat di kuil kuil Sri Ramakrishna menyertai sambutan umum perayaan kelas kelas ceramah ceramah dan perpustakaan di semua cawangan Beberapa cawangan Ramakrishna Mission juga memberikan perkhidmatan yang khusus untuk kaum wanita Perkhidmatan hospital ibu dan kanak kanak pusat latihan kemahiran untuk jururawat sekolah perempuan dan pusat penjagaan wanita kurang upaya adalah beberapa perkhidmatan yang diberikan Antara program penting yang dijalankan untuk kaum wanita ialah Bahagian keibuan di hospital dan klinik Ramakrishna Math amp Ramakrishna Mission di Kolkata Seva Pratishthan Vrindaban Thiruvananthapuram dan lain lain tempat Pusat penjagaan warga emas wanita di Varanasi Sebuah institusi pendidikan rendah hingga menengah untuk pelajar perempuan oleh Ramakrishna Mission Sarada Vidyalaya Chennai Sekolah tinggi dan menengah perempuan oleh cawangan Chennai Math Chengalpattu Jamshedpur dan Sarisha Program latihan jururawat bergabung dengan hospital hospital di cawangan Kolkata Seva Pratishthan Lucknow Vrindaban Itanagar and Thiruvananthapuram Program penguasaan wanita dengan membentuk kumpulan bantu diri memberikan latihan vokasional dan sebagainya bagi membentuk wanita yang berdikari Antara kegiatan kegiatan penguasaan wanita ialah Sarada Palli Vikas Prakalpa Women Self Empowerment Pusat ini mempunyai 10 unit cawangan di 8 negeri dan seramai 1619 orang perempuan telah mendapat faedah setakat 2014 3 Pembangunan Belia Sunting Selain program program pendidikan dan kebudayaan untuk pelajar pelajar yang dijalankan oleh pusat pusat pendidikan Ramakrishna Math dan Mission terdapat beberapa program khas untuk rekreasi dan kebudayaan yang dikenali sebagai Balak Sangha kelab kanak kanak dan Yuvak Sangha kelab belia di Bangalore Belgaum Chennai Math Hyderabad Indore Kankurgachhi Malda Mangalore Mysore Ponnampet Pune Rajkot Ranchi Morabadi Salem Shivanahalli Ulsoor Vijayawada dan beberapa tempat lain Di pusat pusat ini kanak kanak diberikan nutrisi tambahan dan panduan dalam amalan nilai nilai sosial moral dan rohani di samping pengajaran asas sastera agama bacaan ayat ayat suci nyanyian lagu lagu suci dan sebagainya Pada tahun 2014 sejumlah 1178 Program Pendidikan Nilai Value Education Program telah dijalankan dan seramai 1 61 478 orang menyertainya Sejumlah 1760 Kem Kebudayaan seperti Pembinaan Personaliti juga telah dianjurkan dan disertai oleh 1 96 808 orang Pada tahun yang sama juga terdapat 148 Balak Sangha dan seramai 28 418 orang menyertai dalam pelbagai program yang dianjurkan Pembangunan Masyarakat Luar Bandar dan Orang Asli Sunting Pembangunan masyarakat luar bandar dan orang asli dilakukan dalam tiga cara a menerusi cawangan cawangan yang terletak di luar bandar dan kawasan orang asli b menerusi cawangan cawangan di bandar yang telah mengambil projek pembangunan di luar bandar dan kawasan orang asli dan c menerusi institusi institusi pendidikan dan perubatan di kawasan separa bandar di mana penduduk luar bandar merupakan kumpulan benefisiari yang terbesar Antara aktiviti aktiviti pembangunan masyarakat luar bandar ialah membaiki taraf hidup menyediakan kemudahan infrastruktur pembentungan pertanian moden pembangunan sumber ternakan program program kesedaran kesihatan imunisasi kesedaran sivik dan alam sekitar perkhidmatan kesihatan seperti kem kem perubatan pemeriksaan kesihatan dan unit perubatan bergerak pendidikan formal dan latihan vokasional Kerohanian dan Kebudayaan Sunting Perkembangan idea idea kerohanian dan kebudayaan India merupakan satu tugas utama Ramakrishna Sangha Sri Ramakrishna Sri Sarada Devi dan Swami Vivekananda telah memberikan nafas baharu lagi moden kepada kerohanian dan kebudayaan India Semua idea idea mereka disebarkan melalui kegiatan aktiviti pengajaran ceramah seminar kem belia Balak Sangha Yuvak Sangha sambutan perayaan penerbitan buku majalah dan jurnal pameran tayangan video mengenai nilai nilai kebudayaan dan keagamaan dan sebagainya Pada tahun 1993 Vivekananda Veda Vidyalaya Biara Belur sebuah institusi berasrama telah ditubuhkan Ini ialah impian Swami Vivekananda untuk menyebar dan memperkembangkan pembelajaran bahasa Sanskrit terutamanya pembelajaran Veda Pelajar pelajar lelaki daripada golongan miskin diberikan pendidikan percuma dalam suasana sistem Gurukula purba Penerbitan Sunting Setakat 2015 terdapat lebih 4000 judul yang diterbitkan dari lebih 18 pusat penerbitan khususnya di cawangan Mayavati Baghbazar Kolkata Chennai Hyderabad Nagpur Mysore Rajkot Thrissur dan Bhubaneswar Sastera Ramakrishna Vivekananda Vedanta boleh diperolehi dalam bahasa Sanskrit Inggeris Bengali Tamil Hindi dan pelbagai vernakular India dan asing Setakat 2015 terdapat 22 jurnal dalam 14 bahasa dengan langganan sejumlah 438 000 Antara jurnal jurnal yang terkenal ialah Prabuddha Bharata dalam Bahasa Inggeris Udbodhan dalam bahasa Bengali Vedanta Kesari dalam bahasa Inggeris Ramakrishna Vijayam dalam bahasa Tamil Ramakrishna Prabha dalam bahasa Telugu The Global Vedanta dalam bahasa Inggeris Nirvana dalam bahasa InggerisPenghargaan amp Pengiktirafan SuntingPada tahun 1998 kerajaan India telah menganugerahkan Hadiah Keamanan Gandhi kepada Misi Ramakrishna Ramakrishna Mission Fiji pula menerima anugerah untuk perkhidmatan kebajikan dan membawa keharmonian kebudayaan di Fiji Beberapa kerajaan negeri India juga telah memberikan anugerah dan penghormatan kepada beberapa cawangan Ramakrishna dan Ramakrishna Math untuk perkhidmatan mereka UNESCO juga telah mengiktiraf Ramakrishna Mission Vivekananda University sebagai salah satu ahli GUNi Global University Network for Innovation dan memulakan Vivekananda Chair di unit Coimbatore Di luar India Sarada Kindergarten yang ditubuhkan oleh Ramakrishna Mission Singapura Diarsipkan 2016 07 02 di Wayback Machine telah menerima anugerah ECDA Early Childhood and Development Agency daripada Kementerian Pendidikan Singapura untuk Anugerah Pusat Pengajaran dan Pembelajaran Terbaik 2013 Outstanding Centre for Teaching and Learning Award 2013 Pengetua Tadika ini juga menerima Anugerah ECDA Pemimpin Pendidikan Awal Terbaik 2013 Outstanding Early Childhood Leader Award 2013 Ramakrishna Mission Fiji pula telah menerima Anugerah Pravasi Bharatiya Samman daripada Kerajaan India Anugerah ini diberikan untuk mengenang sumbangan Ramakrishna Mission yang memberikan perkhidmatan masyarakat di Fiji lantas meningkatkan martabat India Sumbangan kepada Dunia SuntingPertubuhan berkembar Ramakrishna memberikan penyelesaian secara idealogi untuk beberapa masalah manusia sejagat yang telah membingungkan golongan pemikir sejak berkurun kurun Pendiriannya jelas mudah dan berani Tema utama kewujudan ialah fakta tentang Tuhan yang telah terbukti Hanya ada satu kewujudan dan jiwa individu dan Roh yang Agung ialah sama Apabila identiti asas ini dilupakan atau diabaikan maka masalah kewujudan timbul dan merebak Semua masalah di dunia boleh diselesaikan hanya dengan melihat implikasi identiti yang agung dalam semua konteks manusia iaitu fizikal mental dan rohani Kita boleh bermula di mana mana sahaja dan berlengah lengah ikut suka hati Namun kita mesti ingat bahawa destinasi perjalanan ini ialah Tuhan Maka kita mesti mara ke hadapan ke arah Tuhan Namun Dia tidak berada jauh dari kita kerana Dia wujud di semua tempat Maka Gerakan Ramakrishna memberikan jawapan yang berani dalam bentuk soalan yang mencabar jika Tuhan boleh disembah menerusi arca kenapa tidak menerusi manusia Gerakan ini memperkenalkan falsafah Vedanta klasikal dalam bahasa yang mudah difahami dan mudah diterima oleh semua orang Cubalah untuk menjadikan dunia ini milikmu Anakku sesiapa pun bukan orang asing Seluruh dunia ini ialah milikmu Sri Sarada Devi Usaha yang sebenar untuk Jadikan milikmu perlu dilakukan Semua interaksi harus mengikuti hukum Bantulah dan jangan bergaduh Penerimaan dan bukan pemusnahan Harmoni dan keamanan dan bukannya Perpecahan Hanya dengan mempraktikan falsafah yang tertinggi dalam kehidupan kita dapat memberikan makanan yang dapat memenuhi keperluan fizikal fikiran dan rohani setiap manusia Sesiapa pun tidak perlu berlapar di dunia ini Kita boleh mengelap air mata semua orang Perkara yang paling penting ialah kasih sayang untuk melaksanakan idea idea murni Memang semua orang perlu makan Namun semua orang tidak akan mendapat makanan walaupun jika makanan yang cukup ada Ini hanya menjadi kenyataan apabila seluruh dunia menjadi milikmu Fahaman politik tidak boleh membawa kasih sayang dalam hati manusia Sebaliknya agama yang diamalkan dengan sebenar boleh membawa kasih sayang untuk seluruh dunia Matlamat Ramakrishna Math dan Ramakrishna Mission ialah untuk menjadikan ideal ideal murni ini praktikal dalam kehidupan seharian 4 Lihat juga SuntingNeo VedantaReferensi Sunting Swarup Ram Ramakrishna Mission in Search of a New Identity Delhi 1986 What They Are Ramakrishna Math and Ramakrishna Mission BELUR MATH 18 March 2017 Diarsipkan dari versi asli tanggal 12 January 2018 Diakses tanggal 16 January 2019 a b Report of Governing Body for 2013 2014 Diarsipkan dari versi asli tanggal 2016 03 06 Diakses tanggal 2018 06 07 Budhananda Swami The Ramakrishna Movement Its Meaning for Mankind Advaita Ashrama Kolkata 1980 ISBN 81 85301 56 5Bacaan Lanjut SuntingHarshananda Swami A Concise Encyclopedia of Hinduism Ramakrishna Math Bangalore 2008 Vol 3 ISBN 978 81 7907 057 4 Gahanananda Swami Ramakrishna Mission for All Sri Ramakrishna Math Chennai ISBN 81 7120 375 2 Prabhananda Swami The Ramakrishna Movement The Ramakrishna Mission Institute of Culture Calcutta 1991 ISBN 81 87332 38 7 Budhananda Swami The Ramakrishna Movement Its Meaning for Mankind Advaita Ashrama Kolkata 1980 ISBN 81 85301 56 5 Prabhananda Swami The Early History of the Ramakrishna Movement Sri Ramakrishna Math Chennai 2005 ISBN 81 7823 226 X Shraddhananda Swami The Story of An Epoch Sri Ramakrishna Math Chennai 1980 ISBN 81 7120 517 8 Monasticism Ideals and Traditions Sri Ramakrishna Math Chennai 1991 ISBN 81 7120 359 0Pranala luar SuntingLaman resmi Diperoleh dari https id wikipedia org w index php title Misi Ramakrishna amp oldid 23339063