www.wikidata.id-id.nina.az
El Dorado Bahasa Spanyol yang berbalut emas adalah sebuah legenda yang bermula dengan cerita tentang seorang ketua suku Amerika Selatan yang meliputi dirinya dengan debu emas Bot Golden Muiska yang dijumpai di Pasca Kolombia mewakili istiadat El Dorado Daftar isi 1 Asal usul legenda 2 Majlis suku kaum 3 Ekspedisi 4 Metafora 5 Lihat pula 6 Referensi 7 Pranala luarAsal usul legenda suntingMitos bermula pada tahun 1530 di Andes kini dikenali sebagai Kolombia di mana conquistador Gonzalo Jimenez de Quesada menemui Muiska 1537 sebuah negara moderenn di Kundinamarka dan dataran tinggi Boyaca di Kolombia Cerita tentang ritual ritual Muiska adalah disebabkan Quito oleh Sebastian de Belalcazar bercampur dengan desas desus lain timbul pula legenda El Dorado Lelaki Keemasan el indio dorado orang India keemasan dan el rey dorado Raja Emas Apabila difikirkan sebagai sebuah tempat El Dorado menjadi sebuah negara satu empayar bandar ini terkenal raja keemasan Majlis suku kaum suntingCerita asalnya bisa ditemukan dalam sejarah merewang El Carnero oleh Juan Rodriguez Freyle Menurut Freyle raja atau ketua sami Muiska dikatakan melaburi tubuhnya dengan debu emas secara ritual dalam satu perayaan keagamaan yang diadakan di danau Guatavita Bogota Pada tahun 1636 Juan Rodriguez Freyle menulis sebab sebabnya dan kemudian dikirimkan kepada kawannya Don Juan cacique atau gubernur Guatavita Majelis berlangsung pada upacara perlantikan seorang pemerintah baru Sebelum mengambil alih kuasa seseorang lelaki akan menghabiskan waktu di dalam sebuah gua tanpa wanita wanita dilarang untuk makan garam dan lada hitam atau keluar pada waktu siang Tantangan pertama untuk lelaki tersebut ialah pergi ke laguna besar di Guatavita untuk melakukan tawaran dan pengorbanan untuk hantu yang mereka puja sebagai tuhan Sewaktu upacara yang berlangsung di laguna tersebut mereka membuat sebuah rakit dengan tergesa gesa mempercantik dan menghiasnya dengan kebanyakan benda menarik yang mereka punya Mereka meletak empat cahaya api braziers yang dibakar menggunakan moque yaitu merupakan kemenyan bumiputera ini dan juga damar dan wangi wangian lain Laguna tersebut besar dan dalam jadi kapal tersebut itu bisa belayar di tempat itu Kapal tersebut penuh dengan lelaki dan perempuan yang berpakaian baik plak plak emas serta mahkota Kemudian apabila api diatas rakit rakit mula membakar kemenyan mereka akan menyalakan api braziers di pantai agar asapnya dapat menyembunyikan cahaya matahari Pada masa ini mereka menanggalkan pakaian untuk raja tersebut dan kulitnya disapukan dengan tanah melekit yang ada debu emas Jadi dia melabur sepenuhnya dengan logam ini Mereka meletakkannya di atas rakit dan di kakinya diletakkan dengan begitu banyak emas dan zamrud untuk ditawarkan untuk tuhannya Ketika di atas rakit pula dia diiringi dengan empat orang ketua utamanya dihiasi dengan mahkota gelang loket dan subang emas Mereka juga berbogel dan setiap orang akan membawa tawaran tawaran yang lain apabila rakit tiba di tengah laguna mereka mengibarkan sepanduk atau bendera sebagai isyarat untuk senyap Kemudian dia akan membuang kesemua timbunan emas ke dalam danau dan ketua ketua yang mengiringinya juga melakukan hal yang sama Setelah itu mereka menurunkan bendera Kemudian rakit tersebut mula kembali ke arah pantai pekikan bermula sekali lagi dengan seruling serunai dan sepasukan besar penyanyi dan penari Dengan majlis ini barulah pemerintah baru tersebut diterima dan dikenali sebagai tuhan dan raja Dipercaya bahwa ritual ritual ini telah dijalankan oleh Muiska di beberapa buah danau di wilayah mereka Kota Muiska dan peradabannya jatuh dengan cepat oleh conquistador Setelah melihat semula wilayah yang ditakluki Orang orang Spanyol menyadari bahwa berdasarkan jumlah emas di tangan Orang orang Indian sebenarnya tidak ada golden cities atau bandar emas maupun lumbung yang kaya dengan emas karena Muiska menjual semua emas mereka Tetapi pada masa yang sama Spanyol pertama kali mendengar cerita cerita mengenai El Dorado dari orang Indian yang ditawan Lalu membunuh mereka untuk mengambil alih laguna Guatavita Guatavita pada hari ini mempunyai lekuk pada cerun tepinya peninggalan cubaan mengeringkan danau tersebut pada 1580 Ekspedisi suntingEl Dorado digunakan bagi negeri rekaan dimana emas dan batu permata terdapat dalam jumlah yang banyak Konsep El Dorado melalui banyak perubahan dan akhirnya kisah mitos yang lebih awal digabungkan dengan bandar lagenda Kisah El Dorado yang terhasil menarik minat penjajah Eropah selama dua abad tidak pernah dijumpai sentiasa hanya dipinggir had penjajahan Pengembaraan paling terkenal dalam pencarian El Dorado dilakukan oleh Francisco de Orellana dan Gonzalo Pizarro 1541 yang menghilir Sungai Napo ke lembah Sungai Amazon sehingga ke deltanya Ekspedisi lain termasuk oleh Philipp von Hutten 1541 1545 yang mengetuai kumpulan penjelajah dari Coro persisiran Venezuela dan Gonzalo Jimenez de Quesada Governor of El Dorado yang bermula dari Bogota 1549 Sir Walter Raleigh yang menyambung pencarian dari 1595 menggambarkan El Dorado sebagai bandar di Tasik Parima jauh di Orinoco di Guayana hari ini Venezuela Bandar ini di tasik ditanda di England dan peta lain sehingga kewujupannya dibukti palsu oleh Alexander von Humboldt 1769 1859 Antara cerita menarik adalah yang dikisahkan oleh leftenan Martinez bawah Diego de Ordaz yang mendakwa diselamatkan dari kapal pecah di bawa ke pendalaman di Omoa oleh El Dorado sendiri 1531 Metafora suntingDalam mitos Muiska hari ini El Dorado Mnya melambangkan kuasa terkandung dalam triniti Chiminigagua yang membentuk kuasa kreatif bagi semua benda yang wujud Chiminigagua bersama Bachue Cuza Chibchachum Bochica dan Nemcatacoa salah satu pencipta alam sejagat Sementara itu nama El Dorado telah digunakan secara metafor bagi semua tempat di dunia di mana kekayaan didapati dengan mudah Ia diberikan kepada El Dorado County California dan bandar dan pekan di pelbagai negeri Dalam penulisan lagenda ini sering disebut terutama yang paling terkenal adalah Paradise Lost oleh John Milton Book xi 408 411 dan dalam Candide oleh Voltaire chs 18 19 El Dorado adalah judul dan subjek empat versa puisi oleh Edgar Allan Poe El Dorado juga kadang kala digunakan sebagai metafor sebagai matlamat akhir atau Piala Suci yang dicari cari sepanjang hayat Ia mungkin melambangkan cinta sebenar syurga kegembiraan atau kejayaan Ia juga kadang kala digunakan sebagai kiasan bagi sesuatu yang amat dikehendaki tetapi mungkin tidak benar atau sekurang kurangnya tidak mungkin tercapai Kegunaannya jelas dalam puisi Edgar Allan Poe yang terkenal El Dorado Dalam konteks ini El Dorado menyerupai mitos lain seperti Pancutan Remaja Shangri la dan pada sesetengah tahap dengan istilah paus putih yang merujuk kepada ketaksuban Kapten Ahab dalam buku Moby Dick Lihat pula suntingMuiska Sir Walter Raleigh Gonzalo Jimenez de QuesadaReferensi suntingBandelier A F A The Gilded Man El Dorado New York 1893 Freyle Juan Rodriguez El Carnero Conquista y descubrimiento del Nuevo Reino de Granada ISBN 84 660 0025 9 Hagen Victor Wolfgang von The Gold of El Dorado The Quest for the Golden Man Nicholl Charles The Creature in the Map London 1995 ISBN 0 09 959521 4Pranala luar suntingPrecolumbian Golden Boat pranala nonaktif permanen Famous golden figure based on El Dorado rite housed in the Gold Museum at Bogota Kolombia Diperoleh dari https id wikipedia org w index php title El Dorado amp oldid 21229487